Konsert Awie Romantika itu diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-25 perjalanan nyanyian solo vokalis Wings tersebut.

“Saya akan mempersembahkan seleksi lagu daripada katalog album solo dengan susunan muzik lebih segar.
“Konsert ini diadakan atas dasar meraikan ulang tahun jubli perak saya dalam dunia nyanyian solo,” kata Awie.

Menariknya, konsert itu nanti akan menyaksikan gandingan Awie bersama Ratu Rock, Ella dan akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 15 Febuari tahun depan.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan berjalan lancar.