Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Konsert Apologia Gabungkan Search & Awie Tanpa Amy? Ini Jawapannya

Wah tak sabar!

Published

on

Penyanyi Datuk Awie menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan, dia bakal berkolaborasi bersama dengan kumpulan Search bagi menjayakan sebuah konsert.

Persembahan yang diberi nama Konsert Apologia itu bakal diadakan pada 28 Mac 2020, bertempat di The Bee Publika bermula jam 9 malam.

Bagaimanapun menerusi satu sidang media yang diadakan pada 26 Februari 2020, mereka menyatakan vokalis kumpulan terbabit iaitu Amy tidak akan menyertai persembahan berkenaan.

Memetik laporan daripada Harian Metro,Β Amy merestui tindakan rakan kumpulannya, Nasir yang menjayakan konsert itu dan berharap ia bakal berjalan dengan lancar.

“Saya tidak dapat turut serta kerana sibuk dengan urusan keluarga serta perniagaan di Bandung, Indonesia. Saya akan sertai mereka juga tapi bukan sekarang.”

Amy turut menafikan soal pembayaran menjadi punca dia menolak untuk terbabit sama dalam konsert berkenaan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement