Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Kongsi Video Tutorial Pakai Tudung, Fathia Latiff Dipuji Netizen

Semoga terus istiqomah…

Published

on

Pernah terpalit dengan kontroversi membuka tudung sebelum ini, pelakon Fathia Latiff mengaku dirinya masih dalam proses untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

Namun hidayah Allah SWT tidak ada siapa yang tahu, kini pelakon ini kembali bertudung sebelum Ramadan lalu dan bersedia berdepan kecaman peminat berikutan keputusannya ini.

Terbaru, Fathia memuat naik satu video tutorial memakai tudung satin, dengan kapsyen

“MASYAALLAH, Fathia jarang sangat pakai tudung satin macam ni, tapi untuk tudung ni memang Fathia suka sangat sebab ringan, senang bentuk, warna semua cantik-cantik. Thank you so much kak Siti Sarah Raissuddin,” tulis Fathia di kapsyen Instagram nya itu.

View this post on Instagram

MASYAALLAH, Fathia jarang sangat pakai tudung satin macam ni, tapi untuk tudung ni memang Fathia suka sangat sebab ringan, senang bentuk, warna semua cantik-cantik. Thank you so much kak @sitisarahraissuddin @lovetahq 😍

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff) on

Sebelum ini, Fathia menerima pelbagai kritikan berhubung keputusannya membuka tudung beberapa tahun lalu. Dipetik dari temu bual bersama Harian metro sebelum ini, Fathia turut berkata,

“Saya pasti akan ada kritikan dan saya tak boleh buat apa-apa. Tapi saya suka kritikan kerana apa yang diperkatakan itu ada betulnya.”

“Saya akan belajar dan terima apa yang diperkatakan untuk kebaikan. Mereka yang buat saya banyak berubah. Walaupun kata-kata mereka agak ‘laser’ tapi ia ada betulnya.”

Rata-rata netizen ramai yang memuji Fathia sangat manis dan cantik di dalam video tutorial memakai tudung bawal, yang dihadiahkan Siti Sarah Raisuddin yang di muat naik di Instagram nya.

Semoga terus istiqomah Fathia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement