Semasa & Hiburan
Kongsi Video Berqasidah, Alunan Suara DS Siti Dipuji Peminat
Merdu sungguh suara Tok Ti!
Rasanya nama penyanyi tersohor Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza tidak perlu diperkenalkan lagi.
Dengan bakat suara yang dimilikinya, Tokti menjadi kesayangan ramai rakyat Malaysia, malah juga di luar negara hingga ke hari ini.
Rabu lalu, pelantun lagu Anta Permana ini ada memuat naik video berqasidah di Instagram miliknya. Sungguh merdu suara Tok Ti!
Biarpun sudah beranak satu, suara Tok Ti tetap ‘kick’ macam 24 tahun lalu dan mempunyai aura tersendiri.
Video yang dikongsikan itu juga sudah meraih lebih 207,000 jumlah tontonan setakat ini, dengan rata-rata peminat memuji vokal Tok Ti.
Kata mereka, tak puas mendengar Qasidah Qamarun yang dialunkan Tok Ti!