Semasa & Hiburan
Kongsi Gambar Mengaji, Fathia Latiff Terima Pujian Netizen
Alhamdullilah…
Selepas lebih setahun mencetuskan kontroversi apabila menanggalkan hijab atas alasan enggan hidup berpura-pura, Fathia Latiff kembali bertudung sebelum Ramadan lalu.
Update terkini, Fathia memuat naik foto mengenakan telekung sedang kusyuk meneliti setiap bait surah dan juga terjemahannya. Perkongsian Fathia itu membuatkan rata-rata pengikut gembira dengan perubahan pelakon cantik itu. di Instagram menjadi perhatian ramai netizen.
Diruangan komen rata-ratanya memberikan komen positif dan mengatakan secara tidak langsung foto itu memberikan motivasi kepada mereka untuk melakukan perkara yang sama.
“Alhamdulillah, semoga istiqomah”,
“Sukanya tengok Fathia sekarang,”
“Semoga istiqomah Fathia, dah boleh cuba macam Fathia,” tulis netizen.
Bagaimanapun, Fathia kemudiannya bertindak menutup semula ruangan komen. Semoga Fathia terus istiqomah.