Semasa & Hiburan
Kongsi Foto Percutian Di Gold Coast, DS Siti Nurhaliza Kelihatan Berseri!
Cantik!
Percutian sangat diperlukan setiap individu untuk menenangkan minda dan mengurangkan tekanan baik dirumah mahupun tempat kerja.
Lokasi juga memainkan peranan yang besar bagi seseorang itu untuk menghabiskan masanya bersama dengan seisi keluarga ataupun rakan masing-masing.
Sama seperti penyanyi nombor satu tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza yang baru-baru ini ke Gold Coast Australia untuk bercuti.
Difahamkan, Siti ke negara berkenaan bersama dengan ibunya, suami Datuk Khalid dan anaknya Siti Aafiyah.
Sementara itu, rata-rata pengikut meninggalkan komen dengan memuji wajah penyanyi berkenaan dilihat semakin berseri-seri.
Harian Metro sebelum ini pernah menulis bahawa Siti kini merancang untuk menambah cahaya mata kedua pada tahun ini.
Siti bagaimanapun akan mendapat nasihat doktor kerana perlu melalui proses rawatan kesuburan, In vitro fertilisation (IVF) sama seperti anak sulung, Siti Aafiyah.