Connect with us

Hiburan

Kongsi Detik Paling Bermakna Dalam Hidup, Amyra Rosli Sebak

Anak kepada pasangan romantis Amar Baharin dan Amyra Rosli, Aqeef Anaqi menyambut hari kelahirannya yang ke-1 hari ini, 15 Oktober 2017!

Published

on

Anak kepada pasangan romantis Amar Baharin dan Amyra Rosli, Aqeef Anaqi menyambut hari kelahirannya yang ke-1 hari ini, 15 Oktober 2017!

Amyra yang berkongsi perkara itu di laman Instagramnya turut meluahkan rasa terharu dan sebak apabila mengenangkan kembali saat-saat dia melahirkan Aqeef.

 

“Myra x pernah share moment nk bersalin dulu.. tp bila dah setahun terasa nak post..
isshhh sebak nak cry pulak teringat masa nk keluarkan @aqeefanaqi .. huhu”

Menerusi perkongsian gambar dan video itu, Amyra turut berterima kasih kepada suami dan seluruh ahli keluarganya yang sanggup menjaga dan melayan kerenahnya sepanjang sembilan bulan dia mengandung.

Si comel Aqeef yang kini sudah genap usia setahun sering mendapat perhatian netizen apabila Amyra dan Amar selalu memuat naik gambar dan perkembangan anak mereka itu di sosial media.

Amyra dan Amar diijabkabulkan pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

Diharapkan semoga pasangan ini kekal bahagia dan dilimpahkan lagi rezeki cahaya mata di masa hadapan.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement