Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Kolaborasi Dengan Alif Satar… Raihan Buat Kejutan!

Raihan rancang berkolaborasi dengan artis muda lain

Published

on

Kumpulan Raihan mengesahkan bakal merakamkan lagu berjudul Sesungguhnya versi baharu bersama Alif Satar dalam projek istimewa.

SUMBER BH

Berkongsi perkara itu, salah seorang anggota Raihan, Che Amran Idris memberitahu,
“Kami sebenarnya terbuka dengan projek kolaborasi termasuk dengan Alif atau artis baharu lain.
“Selain itu, kami juga melihat potensi ramai penyanyi muda seperti Sufian Suhaimi. Kalau ada ruang untuk bekerjasama, pasti kami sambut dengan tangan terbuka,”

Sumber: Instagram Alif Satar

Che Amran berkata, pihaknya teruja dapat bekerjasama dengan Alif yang meminati Raihan sejak dahulu lagi.
“Menjadi suatu kebanggaan bagi kumpulan lama seperti kami dapat menarik minat artis muda seperti Alif. Malah, dia banyak menyanyikan lagu kami dan berkongsinya di YouTube,”.
Dalam perkembangan terbaru, Raihan akan terbabit dengan Konsert Malam Kesenian dan Kebudayaan : Qasidah Night di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, di sini, pada 27 April depan.
Acara itu turut membabitkan Datuk Jamal Abdillah dan Sharifah Khasif.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement