Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

KKM Minta Orang Ramai Ambil Vaksin Influenza Setiap Tahun?

Published

on


Masih lagi fobia dengan isu virus influenza yang mudah dijangkiti dalam kalangan orang tua dan kanak malah semua orang disarankan untuk menyuntik vaksin influenza dengn segara bagi mengelakkan dijangkiti virus ini.

Mungkin orang ramai fikir virus ini bermula dari satu individu ke satu individu melalui batuk atau selsema tapi sebenarnya ada faktor utama lain juga. Menurut satu kajian dilakukan oleh Pengerusi Jabatan Perubatan Pencegahan, Sekolah Perubatan Vanderbilt Doktor William Schaffner, virus Influenza ini sebenarnya dibawa oleh dari burung dan khinzir dimana tersebar luas dari Eropah ke Asia Tenggara.

Sumber: dewerstone

“Bila sudah tersebar di sesebuah kawasan, individu yang terkena akan mengalami beberapa simptom seperti batuk, demam atau selsema. Dari situlah bermulanya jangkitan virus merebak dari satu individu ke satu individu.

Malah, virus ini bukan seperti virus yang lain seperti campak yang hanya terdapat dalam satu bentuk saja. Virus influenza ni dayang dalam beberapa bentuk dan berubah pada setiap tahun,” ulasnya lagi dalam satu portal.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengeluarkan infografik menerusi laman twitter mereka untuk penerangan lebih lanjut kepada orang ramai tentang virus dan vaksin influenza yang sentiasa bermutasi ini.

Untuk dapatkan vaksin influenza, anda boleh pergi ke mana-mana klinik dan hospital swasta kerana fasiliti KKM tidak menyediakan perkhidmatan vaksin Influenza kepada orang awam.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata disebabkan berlaku peningkatan mendadak virus ini pada hujung Disember tahun lepas, bekalan vaksin Influenza cepat habis jadi pihak KKM akan mempercepatkan permohonan untuk menambah bekalan vaksin dalam masa terdekat ini.

 

 

Untuk bacaa lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bukan Penyakit Biasa-Biasa, Cegah Influenza A Di Rumah Untuk Mengurangkan Penyebaran

Jaga-Jaga! 20 Jenis Penyakit Ini Tidak Boleh Ambil Produk Sebarangan

 

 

 

 

Sumber: abcnewsKKM



Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement