Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

KKM Lancar Kempen #speakout Untuk Isytihar Rumah Bebas Asap Rokok

Published

on


Masuk je 1 Januari 2020 lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan undang-undang larangan merokok di kawasan premis seperti yang telah dijanjikan pada pertengahan tahun 2019.

Hari ini, 7 Januari 2020 lagi sekali KKM melancarkan satu kempen iaitu Speak Out dengan menggunakan hastag #expressyourright  dan #speakout untuk mengisytihar rumah sebagai kawasan larangan merokok.

Sumber: infosihat

Kempen ini juga salah satu inisiatif memudahkan rakyat Malaysia untuk menegur perokok yang merokok di sekeliling mereka terutama sekali di kawasan atau dalam rumah kita. Sekaligus untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli keluarga lain yang tidak merokok.

Bukan apa, kadang-kala tu kita kenal orang yang merokok tu tapi tak tahu macam mana nak tegur supaya jangan merokok di kawasan tersebut. Jadi, apa yang anda boleh ambil tindakan adalah dengan menegur perokok untuk tak merokok supaya dapat bantu orang yang tak merokok dapat hirup udara bersih.

Sumber: KKM

Etika menegur

Bagaimanapun nak tegur seseorang lebih-lebih lagi individu yang kita tak kena; ada caranya. Caranya adalah…

  1. Mulakan niat yang baik untuk menegur
  2. Gunakan perkataan yang baik.
  3. Luahkan dengan sopan dan berhemah.

Bukan apa, walaupun kita menghidu asap rokok saja, sebenarnya sama saja seperti kita menjadi perokok sekali dan bayangkanlah waktu tu ada kanak-kanak yang tak bersalah turut menghidu asap rokok yang dibebaskan? Tidakkah ini akan menjejaskan kesihatan mereka? Bertindaklah sekarang.

Sekiranya perokok tidak memberikan respon seperti yang diharapkan, senyum dan yakinlah bahawa anda telah melakukan yang terbaik. Kepada perokok, sebaiknya terimalah teguran dengan memberi respon yang positif. Percayalah yang orang sekeliling yang menegur sebenarnya amat menyayangi anda.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Perokok Atau Tak, Ambil Tahu Bentuk Denda Dikenakan Jika Merokok Di Premis

Kurlasss! 5 Selebriti Hollywood Wanita Ini Sudah Berhenti Merokok!

 

 

 

 

Sumber: KKM



Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement