Connect with us
Kool FM

Berita

KKM Beri ‘Time Off’ Buat Frontliner Secara Bergilir-Gilir

Terima kasih frontliner, teruskan berjuang!

Published

on

Selepas beberapa bulan berjuang tanpa henti bagi mengawal pendemik Covid-19, frontliner bakal diberikan cuti atau ‘time off’ secara bergilir-gilir bermula minggu hadapan.

Berita gembira itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Sidang Media Perkembangan Covid-19 harian yang berlangsung di Putrajaya pada 5 Mei 2020.

“Kita di KKM bekerja siang malam tak berhenti sejak lima bulan, tidak kenal hari minggu dan hari bekerja.

“Apa yang pasti hari ini kita nampak keputusan dan hasil daripada pengorbanan kita, kes semakin berkurangan. Penggunaan wad dan ICU juga semakin berkurangan.

“Mungkin dalam masa ini kita akan menggunakan seminggu dua untuk kita memberi ‘time off’ kepada warga kerja KKM secara bergilir-gilir,” kata Noor Hisham.

Pengumuman tersebut dilakukan selepas melihat keadaan terkini yang semakin baik dan kes positif Covid-19 di Malaysia juga semakin menurun.

Selain diberikan cuti, petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan diberikan khidmat kaunseling bagi memulihkan semangat mereka dalam berdepan cabaran wabak berbahaya itu.

Semoga khabar gembira ini dapat meningkatkan lagi semangat juang para barisan hadapan dalam memerangi  Covid-19 di Malaysia.

[LANGSUNG] Sidang Media KKM Berhubung COVID-19 | 5 Mei 2020

Strim langsung sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkaitan situasi semasa COVID-19

Posted by Buletin TV3 on Tuesday, May 5, 2020

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement