Semasa & Hiburan
“Kita Settle Manis-Manis Ye”- Lisdawati
Diharapkan Lisdawati bersabar dan dipermudahkan urusan.
Pelakon terkenal Lisdawati tiba-tiba telah memuat naik sekeping foto di laman Instagramnya pada malam Selasa meminta jasa baik pengguna media sosial membantunya bagi mengesan seorang wanita.
Difahamkan, wanita itu dikenali sebagai Nurul Ashikin Aided. Namun, tidak dapat dipastikan apakah punca yang menyebabkan Lisdawati mahu bertemu dengan wanita terbabit.
Yang pasti, ia bukanlah isu rumah tangga atau pun orang ketiga kerana suami Lisdawati sendiri, Fauzi Nawawi telah memberi bayangan menerusi satu balasan komen di IG isterinya.
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Semoga hal mereka ini dapat diselesaikan dengan cara baik.