Semasa & Hiburan
Kita Kena Kuat! Fasha Sandha Nasihat Wanita-Wanita Single!
“Yakinlah, ada kemanisan dalam kepahitan…”
Pelakon Fasha Sandha membuktikan bahawa gelaran janda yang dipegang sebelum ini tidak pernah melemahkan semangatnya.
Sebaliknya, Fasha menegaskan, dia berbangga memegang gelaran itu dan meneruskan kehidupan mencari rezeki untuk keluarga tanpa meraih simpati daripada mana mana pihak.
Menerusi sekeping gambar yang dimuat naik di Instagram, Fasha mengajak wanita terutamanya ibu tunggal atau wanita bergelar janda agar terus kuat, dan pada masa sama untuk rajin mengumpul duit dan bekerja keras demi diri sendiri dan anak anak.
“Jadi perempuan ni kena kuat, supaya tiada orang tindas kita. Yang penting kena bekerja dan simpan duit dalam bank, supaya kita terus bersedia, itu nasihat saya kepada my sisters…”
“Ada juga orang berkata, eh artis ni suka bercerai berai eh.. Eh hellooo bukan artis je, orang bukan artis lagi banyak, cuma tak masuk paper je. Artis juga selalu akan cuba selamatkan perkahwinan, tapi bila tak berjaya, itu adalah takdir.”
Fasha juga menegaskan, sebagai artis, dia tidak membenarkan mana mana pihak membulinya.
“I am an Aries, sejenis kuat. Ada masa I boleh buat taktau je dan tak layan, ada masa, perlu lawan, kena lawan. Jangan biarkan orang buli kita.”
“Jangan sedih, bangun dan buktikan, anda kuat dan berani!”
Di akhir nota nya, Fasha memberi kesimpulan:
“Yakinlah bahawa akan ada kemanisan dalam kepahitan. Sooner or later. Pasti ada.”