Connect with us
Kool FM

Berita

Kisah Doktor Haiwan Mandi Najis Demi Pesakitnya Lana Si Gajah

Demi tanggungjawab, bagus doktor ni!

Published

on

Siapa sangka seorang doktor haiwan boleh terkenal dengan hanya ‘bermandi’ dengan najis gajah? Orang kata malang tidak berbau, namun untuk kisah doktor ini malangnya berbau.. Viral di media sosial video seorang doktor haiwan dan dua pembantunya dihujani dengan najis gajah ketika merawat haiwan yang mengalami masalah sembelit.

Dr. Tom, doktor haiwan di Chiang Mai, Thailand, lencun dengan najis selepas merawat seekor gajah dengan membuang kotoran yang terperangkap dalam saluran dubur haiwan tersebut yang boleh menyebabkannya maut sekiranya ia dibiarkan sahaja.

Menurut laporan, Dr. Tom dan dua petugasnya telah dihubungi untuk datang ke Taman Alam di Chiang Mai, berikutan salah seekor gajah tua bernama Lana, mengalami masalah sembelit. Ya, gajah pun ada masalah sembelit.

Dalam laporan turut sertakan klip video yang menunjukkan bagaimana doktor bersama petugasnya memberi ubat kepada Lana si gajah untuk membuang kotoran yang terperangkap sebelum dibasahi dengan najis gajah berkenaan.

Meskipun doktor dan petugasnya memakai pakaian pelindung yang dilihat seperti baju hujan, namun ianya tidak berfungsi apabila cecair kotoran berwarna coklat itu keluar dari dubur haiwan tersebut menyembur tepat ke arah mereka. Aduh, terbau-bau sampai sini..

Situasi itu membuatkan dua petugas berkenaan ketawa, Dr. Tom terpaksa mencuci cecair kotoran itu dari matanya dalam video yang ditonton lebih dari 45,000 tonton sejak dimuat naik ke Instagram. Walaupun ada yang merasa jijik dan loya melihat video tersebut, ramai yang memuji usaha doktor itu untuk membantu gajah berkenaan. Selepas rawatan itu, Lana dikatakan kelihatan lebih lega.

 

Baca juga:

Perhilitan tangkap dua ekor gajah

7 Cara Hilangkan Gam Gajah / Super Glue Pada Tangan, Kasut, Baju Dan Plastik

 

 

 

Sumber: Daily Mail

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement