Kira jumlah Fidyah anda dengan formula mudah ini | Kool FM
Home > #koolhabis > Kira Jumlah Fidyah Anda Dengan Formula Mudah Ini

Kira Jumlah Fidyah Anda Dengan Formula Mudah Ini

/ / /
Comments are Off

Ketibaan bulan Ramadan tidak lama lagi pastinya dinantikan oleh umat Islam dari seruh pelosok dunia. Yela, selain berpuasa, kemeriahan bazar-bazar Ramadan antara keistimewaan sambutan bulan puasa tiap-tiap tahun.

Tapi, dalam seronok-seronok sambut Ramadan, jangan ambil mudah mengenai fidyah (denda) untuk umat islam yang meninggalkan puasa di bulan Ramadan.

Fidyah puasa adalah denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tiba Ramadan tahun berikutnya.

Hukum membawar fidyah adalah WAJIB

Antara sebab-sebab dikenakan fidyah adalah termasuk uzur, wanita hamil, ibu yang menyusukan anak dan melambatkan puasa Qada.

 

Cara pengiraan Fidyah

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan ) X ( 1 cupak beras) = Fidyah

Contohnya:

Sekiranya seseorang telah meninggalkan puasa selama 3 hari pada tahun 2010, Fidyah yang dikenakan ialah:

3 hari X 5 tahun X RM 2 (secupak beras) = RM 30

 

Jadi, jangan ambil ringan tentang hal ini ya. Jadi, untuk anda yang pernah tinggal puasa tu, cepat-cepat ganti dan bayar fidyah okay!