Semasa & Hiburan
Kiano Tiger Wong, Nama Anak Baim Wong
Semoga Kiano membesar dengan baik dan taat kepada kedua ibu bapa.
Tahniah diucapkan buat pelakon kelahiran Indonesia, Baim Wong yang kini bergelar bapa selepas menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam keluarga kecilnya pada tanggal 27 Disember lalu.
Tahun 2020 sudah pasti menjadi tahun terindah buat Baim dan juga isteri, Paula Verhoeven yang selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.5 kilogram.
Menerusi laman Instagram Baim, dia ada mendedahkan nama anaknya iaitu Kiano Tiger Wong.
Selain itu, pelakon berusia 38 tahun itu turut mencipta satu akaun Instagram khas buat Kiano yang kini memiliki lebih 219,000 pengikut di Instagram.
Semoga Kiano Tiger Wong membesar dengan baik dan taat kepada kedua ibu bapa ya.