Connect with us

Berita

Khas Untuk Wanita: Sebelum Hidupkan Enjin Kereta, Pastikan Anda Lakukan 10 Perkara Ini!

Hati-hati ya!

Published

on

Kebelakangan ini, banyak berita-berita yang terpampang di dada-dada akhbar mahupun media sosial menceritakan kes ragut dan rompakan kereta.

Justeru, di bawah adalah beberapa tip atau cadangan untuk pembaca terutamanya kaun Hawa:-

Tip sebelum menaiki kenderaan

Saudi Arabia arrests female activists weeks before lifting of ...

1. Jangan berjalan secara bersendirian ke tempat parkir kereta anda, terutama apabila berada di bangunan pejabat atau komplex membeli-belah. Tambahan pula jika waktu tersebut ada selepas waktu bekerja/malam dan dalam suasana yang lengang.

2. Dapatkan seseorang untuk menemani anda jika anda bekerja lewat malam, atau selepas menonton wayang. Hubungi pengawal keselamatan yang akan menolong anda jika anda tiada kawan-kawan berdekatan.

3. Semasa memandu atau berjalan kaki, sentiasa perhatikan kawasan sekitar. Berhati-hati apabila anda melihat orang yang mencurigakan berdekatan kenderaan anda. Sebagai contoh, berwaspada jika terdapat pembonceng motorsikal yang berkeliaran tanpa sebab yang jelas.

4. Apabila anda memasuki kereta, sila pastikan tempat duduk belakang adalah kosong. Penjahat boleh bersembunyi di belakang dan menunggu masa yang sesuai untuk beraksi. Kejadian seperti ini akan kerap berlaku di stesen minyak dan R&R diseluruh negara.

5. Selepas memasuki kereta dan memastikan semua selamat, pastikan anda mengunci pintu dari dalam, dan cermin kereta anda dinaikkan.

Tip semasa memandu

TahukahAnda: Apakah Posisi Memandu Betul dan Selamat untuk Wanita ...

1. Sesat jalan? Jangan sekali-kali berhenti di tepi jalan dan guna lampu kecemasan. Perilaku ini hanya akan mengundang masalah kerana ia akan menarik penjahat yang akan mengambil kesempatan terhadap masalah anda.

2. Jika sesat jalan, telefon kawan-kawan untuk bertanya ATAU pergi ke stesen minyak/kedai berdekatan.

3. Kereta yang mencucuk dari belakang sememangnya boleh menyebabkan kemarahan. Jika pemandu lain mengganggu anda dan mengacah-acah untuk berlumba, ambil nafas dalam-dalam dan jangan sekali-kali terikut acahan mereka.

4. Jika ada pemandu yang mengacah-acah, memotong dan kemudian cuba berhenti di depan ada, atau memperlahankan kereta mereka di depan anda, anda dinasihatkan untuk memandu lebih perlahan dan teruskan pemanduan. Jangan berhenti!

5. Jika acahan dari pemandu tersebut berterusan, ambil langkah wajar dengan memandu ke arah Pejabat Polis dan Trafik berdekatan. Cuba dapatkan nombor pendaftaran, jenis & warna kenderaan, dan bentuk fizikal pemandu tersebut (jika anda nampak).

6. Selepas membuat aduan dan apabila keluar dari Pejabat Polis, lihat kawasan sekeliling untuk pastikan kereta penjahat tersebut tidak menunggu anda. Jika anda terlihat kelibat kereta tersebut, hubungi polis serta merta.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement