Connect with us
Kool FM

Berita

Khabib bakal kembali bertarung

Published

on


LONDON: Khabib Nurmagomedov akan bertarung menentang Justin Gaethje pada 24 Oktober ini, umum Presiden UFC, Dana White hari ini.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi Khabib akan bersara awal selepas bapanya meninggal dunia di usia 57 tahun, minggu lalu.

Gaethje mendapat pertarungan menentang Khabib selepas mengatasi Tony Ferguson dalam saingan UFC 249.

White berkata, petinju kelahiran Amerika Syarikat itu akan menjadi lawan seterusnya buat Khabib apabila dia kembali ke Oktagon dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.

“Ia akan berlaku, ini maklumat kepada anda sekarang. Pertarungam ini akan berlaku dan Khabib akan bertarung dengan Gaethje pada 24 Oktober,” kata White kepada CNN.

Katanya, bintang seni bela diri campuran (MMA) kelahiran Rusia, Khabib berdepan saat sukar apabila kehilangan bapa, Abdulmanap akibat komplikasi berikutan jangkitan Covid-19.

“Sukar buat dirinya. Bapanya dilihat sebagai wira, mereka memiliki hubungan yang sangat rapat,” jelasnya.

Khabib, yang memenangi kesemua 28 pertembungan profesional mengatasi Dustin Poirier dalam UFC 242, September lalu.- AGENSI

The post Khabib bakal kembali bertarung appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement