Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Ketiak serupa dengan kulit ayam? Ini cara melicinkanya

Published

on


KULIT muka dah licin, kulit tangan dan kaki pun dah licin. Tapi runsing jugak, kulit ketiak ni pulak macam kulit ayam!

Cemburu bila tengok kulit ketiak orang lain licin je. Pernah terfikir tak kenapa boleh jadi macam ni dan macam mana nak hilangkan kesan-kesan timbul di ketiak tu?

Jadi hari ini sis nak kongsikan dekat korang macam mana nak licinkan kulit diketiak tu agar tak lagi teringat kulit ayam tiap kali mandi.

via GIPHY

Langkah pertama korang kena buat adalah melakukan pengelupasan pada ketiak.

Cara mudah yang korang boleh lakukan adalah gosok dengan lembut pada bahagian ketiak dengan menggunakan kain. Gunakan satu arah dan elakkan daripada menggosok terlalu kuat.

Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan keradangan dan ketiak menjadi hitam. Kerap buat, cepat licin!

via GIPHY

Penggunaan sabun juga memainkan peranan dalam memelihara kulit dan kesihatan ketiak. Elakkan daripada menggunakan sabun yang mempunyai bahan pewangi.

Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan berlaku gatal-gatal dan menjadi kering. Gunakan sabun yang tidak mempunyai bahan pewangi dan mempunyai kebolehan untuk melembapkan kulit.

Tambahan lagi, korang gunakan toner atau serum yang mengandungi bahan seperti Retinol dan Asid Glikolik untuk membantu menghilangkan lapisan kulit yang berlebihan.

Tapi sebelum itu, sis sarankan pada korang untuk mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu. Mana tahu kulit sensitif ke kan.

via GIPHY

Lagi satu pilihan adalah korang boleh mendapatkan rawatan laser jika sanggup melabur. Rawatan ini adalah untuk jalan pintas dan kesan jangka masa yang panjang.

Jadi sis rasa berbaloi je kalau korang nak buat rawatan yang digelar light microdermabrasion and chemical peels ni.

Selain daripada itu, kalau dah tak ada peluang sangat, cara yang paling senang adalah ketika bercukur. Kerap gantikan pisau cukur dari pada waktunya. Elakkan mengukan pisau cukur yang tumpul kerana ia boleh memberikan tekanan pada kulit ketiak tu.

via GIPHY

Lembapkan ketiak dengan mengunakan minyak bunga matahari semula jadi atau minyak yang berasaskan tumbuhan dan untuk elakkan iritasi, urutkan minyak tu pada ketiak sebelum tidur dan basuhlah pada esok pagi.

Sis harap artikel ini dapat membantu korang untuk mengelakkan masalah seperti ini dan semoga kekal cantik selalu!

Sumber:Wanista.com

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement