Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Ketahui Pantang Larang Kain Songket

Disebabkan harga songket mahal tidak ramai yang pakai untuk majlis yang biasa-biasa. Mungkin disebabkan teknik pembuatan yang rumit sehingga masa yang diambil untuk siapkan kain sangat lama.

Published

on

Kalau dulu hanya orang atasan saja yang akan memakai kain songket tapi hari ini, pemakaian songket lebih menyeluruh, tidak terhad kepada kerabat diraja saja.

Namun, disebabkan harga songket mahal tidak ramai yang pakai untuk majlis yang biasa-biasa. Mungkin disebabkan teknik pembuatan yang rumit sehingga masa yang diambil untuk siapkan kain sangat lama.

Sumber: BH

Disebabkan faktor di ataslah harga songket semakin melambung naik.

  1. Bentangkan fabrik songket bersama dengan sehelai kain pelekat yang ditindan di atas lembaran kain songket.
  2. Kemudian, gulung fabrik songket bersama kain pelekat tadi secara memanjang sampai ke penghujung.
  3. Simpanlah gulungan songket tadi dengan cermat di dalam almari.
  4. Elakkan daripada melipat kain songket walaupun sekali. Ini bertujuan mengelakkan daripada benang tenunan songket tadi patah yang seterusnya boleh merosakkan motif sesuatu songket.
  5. Elakkan menghempap songket dengan mana-mana fabrik atau persalinan anda yang lain.
  6. Elakkan juga daripada menggosok kain songket kerana akan menjejaskan kualiti tenunan benang emas lagipun kalau dah gulung elok-elok, tak perlulah nak gosok lagi.
  7. Hindar daripada mencuci kain songket dengan sabun dan air. Sebaiknya gunakan cucian kering (dry cleaning) kerana benang akan mengembang mengakibatkan corak songket rosak.

Nak mudah gantungkan je kesemua koleksi baju kain songket tapi berlapik dengan kain pelekat. Memang renyah namun, cara ini mampu buat kain songket anda bertahan lama.

 

 

 

 

 

 

Sumber: engkumuzahidin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement