Connect with us

Donna

Kurus Hanya Dengan Makan Tembikai

Untuk dapatkan tubuh badan yang sihat, ia bergantung cara pemakanan dan gaya hidup anda. Kepada ibu-ibu di luar sana, pastikan anda mengetahui setiap makanan mengandungi zat jenis apa dan apa fungsinya.

Published

on

“Ketika cuaca panas atau berada di tepian pantai, menikmati hidangan tembikai memang menyegarkan.”

Selain itu, ketika jamuan makan, kenduri atau bufet di restoran tembikai adalah pencuci mulut yang wajib disediakan kepada tetamu dan pelanggan. Tembikai bukan sekadar buah untuk dimakan secara terus, malah ia juga dijadikan sebagai air, ulam, perasa gula-gula dan juga bau-bauan untuk pewangi badan, kereta dan produk penjagaan diri.
Selain mempunyai kandungan air yang banyak, tembikai juga mengandungi kandungan pelbagai nutrient lain seperti vitamin, mineral, asid amino, antioksidan, dan ‘phytonutrients’. Sebiji tembikai itu mempunyai kebaikan dan kuasa yang luar biasa untuk dimanfaatkan oleh wanita khususnya. Kandungan air yang tinggi dalam tembikai membantu membendung masalah bengkak di sekitar mata. Selain itu, tidak perlu risau mengenai tahap glukos yang tinggi kerana tembikai mengandungi tahap gula yang rendah di samping tidak memberi tindak balas kimia kepada kolagen yang menyebabkan kesan kedutan pada wajah.

Sumber Foto: isabelsmithnutrition.com
Kawal Tekanan Darah – Satu lagi kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Hypertension membuktikan bahawa ekstrak tembikai mengurangkan tekanan darah dan juga tekanan darah tinggi dalam kalangan orang dewasa yang mengalami masalah obesiti. Mengurangkan tekanan darah tinggi juga bermakna bahawa mengurangkan semua risiko bagi penyakit jantung.

Sumber Foto: pexels.com
Melegakan Sakit Otot –  Tembikai boleh membantu melegakan sakit otot. Para penyelidik mencadangkan atlet sukan atau pemain bola memakan buah tembikai atau minum segelas jus tembikai  untuk mengurangkan masalah kekejangan atau sakit otot ketika di atas padang. Jika anda mengalami sakit otot akibat senaman di gym atau aktiviti mendaki pada hujung minggu, cuba makan tembikai untuk mengurangkan kesakitan pada keesokkan harinya.

Sumber Foto: pixabay
Melawan Keradangan –  Tembikai juga mengandungi ‘cucurbitacin E’, iaitu sejenis sebatian yang mengurangkan kesakitan dan keradangan yang menyebabkan enzim. Ia berfungsi untuk menghalang enzim tertentu seperti aspirin dan ‘ibuprofen’.

Sumber Foto: pixabay
Untuk mengetahui lebih lanjut, Klik sini
Penulis: Donna

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement