Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Ketahui Bagaimana Klinik Pergigian Boleh Menyebabkan Penyebaran Virus

Maka, jagalah kebersihan diri..

Published

on

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac 2020, Klinik Pergigian juga tergolong di dalam kategori ‘essential service’ yang masih beroperasi untuk memenuhi permintaan rawatan di bawah kawal selia Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Namun, ia hanya tertakluk kepada kes-kes kecemasan dan doktor juga perlu memakai alat perlindungan diri selain memastikan klinik dalam keadaan yang bersih dan sentiasa disanitasi..

Cabut Gigi RM15, Cuci Gigi RM55 Di Klinik Kerajaan? | News | Rojak ...

Ini langkah-langkah yang perlu anda ketahui sekiranya berhasrat untuk mengunjungi ke klinik pergigian untuk mendapatkan rawatan:-

1. Pesakit diminta untuk menghubungi klinik melalui WhatsApp/ telefon terlebih dahulu sebelum datang ke klinik.
2. Temujanji akan diberikan jika perlu (rawatan kecemasan diutamakan)
3. Pesakit diminta datang tepat pada waktunya. Tidak perlu datang awal dan elakkan datang lambat untuk mengelakkan pertembungan berlaku di antara pesakit yang lain disamping mengurangkan interaksi di dalam klinik.
4. Hanya pesakit/penerima rawatan sahaja yang dibenarkan untuk berada di dalam klinik.
5. Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak atau warga emas – hanya seorang peneman sahaja yang dibenarkan.

Bagaimanapun, anda juga perlu mengetahui risiko-risiko serta bagaimana virus COVID-19 ini boleh tersebar di klinik pergigian yang anda kunjungi:-

Sehubungan itu, marilah kita sama-sama menjaga gigi kita sendiri dari segi pemakanan serta kebersihan diri agar tidak perlu ke klinik untuk mendapatkan rawatan pada waktu yang sukar ketika ini, sekaligus dapat memutuskan rantaian COVID-19.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement