Connect with us
Kool FM

Berita

Keselamatan Rumah Di Waktu Bekerja

Jangan beri ruang dan peluang kepada jenayah.

Published

on

Pada 12 Februari lalu, tular kejadian sekumpulan lelaki yang membawa sebuah lori kononnya untuk membantu angkat barang pindah di sebuah rumah di Jalan Sultanah di Alor Setar, rupa-rupanya mahu mencuri.

Di dalam segmen Kool Talk bertarikh 14 Februari, tiga penyampai Kool FM AG, Haiza dan Muaz membincangkan isu keselamatan rumah tatkala penghuni keluar bekerja.

Tidak dinafikan, kegiatan pecah masuk rumah bukan sahaja berlaku di waktu malam, tetapi juga di waktu siang sekaligus membimbangkan masyarakat.

Adakah dengan pemasangan ibu kunci atau mangga, Closed-circuit television (CCTV) dan alarm sudah mencukupi untuk menjaga keselamatan rumah?

DSP Kor Suksis Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman, DSP Foo Chek Seng ketika dihubungi berkata, individu yang keluar bekerja seharusnya membawa kunci rumah bersama dan elak daripada menyimpannya di tempat-tempat tersembunyi seperti di dalam kotak kasut, pasu bunga dan sebagainya yang memudahkan perompak melakukan jenayah.

“Kita tidak tahu semasa kita simpan kunci rumah itu, kita tak nampak samada orang tengok atau ada orang sedang memerhatikan kita.

“Penjenayah suka memerhatikan orang sebab mereka perlu mencari sasaran. Tetapi, dalam konteks diri mereka pula penjenayah tidak suka diperhati.

“Sebab itu jenayah sering berlaku di kawasan-kawasan kurang orang,” jelasnya.

Tambah beliau, setiap individu perlu ada persefahaman yang kukuh dengan jiran.

“Penjenayah akan elak kawasan-kawasan perumahan yang mana kejiranannya kukuh.  Nama tahu, nombor telefon tahu, sering berhubung pun lagi bagus,” tegasnya lagi.

Menurut  Foo Chek Seng, penggunaan CCTV  amat bagus. Akan tetapi, pastikan ia berkualiti tinggi yang berbentuk High Definition (HD).

Selain itu, pasang CCTV di tempat strategik supaya sekiranya berlaku kecurian atau rompakan di rumah, mudah untuk pihak polis mendapatkan nombor kenderaan penjenayah.

“Walaupun plat kereta palsu sekalipun, sekurang-kurangnya kita ada maklumat, jenis kenderaan dan warna kenderaan,” ujarnya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement