Connect with us
alt_img>

Hiburan

Kes pelawak pukul pak guard, isteri maafkan netizen…

“Insya-Allah, saya maafkan ‘in advance’ “

Published

on

“Setiap kecaman dan celaan, saya maafkan,”
Itu kata Ruby atau Rubitah Che Wan yang juga isteri kepada pelawak Lan Pet Pet menerusi kapsyen gambar di akaun Instagram miliknya.

Ruby yang juga adik kepada aktres Rozita Che Wan itu berkata, setiap perkara buruk Allah izinkan berlaku pasti ada hikmahnya.
“Pandangan mata zahir manusia mungkin nampak buruk. Pandangan dengan hikmah akan berikan kita rasa tenang dan terima setiap apa yang Allah takdirkan itu dengan reda.
“Kerana setiap kejadian buruk ada kebaikan di sebaliknya. Insya-Allah, saya maafkan ‘in advance’, kerana kita semua manusia tidak sempurna.”
 “Tidurlah setiap malam dalam keadaan tanpa dendam dan rasa sakit hati. Amalkan sebelum tidur setiap hari. Ringan bukan bermakna mudah dilakukan namun perlu dalam sesuatu keadaan.
“Sambil baring saja boleh memaafkan sesiapa saja. Insya-Allah, syurga menanti. Fadilatnya sudah dibuktikan oleh sahabat Nabi.”
Media social kecoh apabila rakaman dan footage CCTV memaparkan pelawak popular 90-an bertikam lidah dengan seorang pengawal taman perumahan sebelum bertindak memukul, menendang serta membaling batu.

Netizen tidak hanya menyerang Instagram Lan tetapi turut meninggalkan komen di akaun Ruby meminta wanita itu menasihati suaminya supaya berubah sikap dan belajar menghormati orang yang lebih tua.

Terbaru, pelawak yang terbabit insiden pergaduhan itu telah dibebaskan dengan jaminan polis. Ketua Polis Daerah Nilai berkata, permohonan reman terhadap pelawak itu ditolak mahkamah, namun kes masih di bawah siasatan.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement