Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Kes Cerai Selesai! Sharnaaz Setuju Bayar Nafkah & Nabila Dapat Rumah

Dalam prosiding tersebut, kedua-dua pihak telah menandatangani satu surat mengenai tiga tuntutan yang dimetrai tentang nafkah edah, hadanah (hak penjagaan) dan nusyuz di depan Hakim Syarie Mohamed Fauzi Mokhtar.

Published

on

Alhamdulillah, semuanya selesai. Segalanya dapat diselesaikan dengan baik…” – Noor Nabila.

Itulah ucapan ringkas dari bekas isteri Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila ditemui selepas tamat prosiding penceraian di Mahakamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur.

Dalam prosiding tersebut, kedua-dua pihak telah menandatangani satu surat mengenai tiga tuntutan yang dimetrai tentang nafkah edah, hadanah (hak penjagaan) dan nusyuz di depan Hakim Syarie Mohamed Fauzi Mokhtar.

Pihak defendan telah bersetuju hak penjagaan anak akan diberikan kepada Noor Nabila termasuk memberi nafkah anak sebanyak RM1,200 sebulan. Pada masa sama defendan dibenarkan bertemu anak dan permohonan nusyuz dibatalkan,”

Dalam satu kenyataan lagi, peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Noor Nabila menyatakan, selain bersetuju mengenepikan tuntutan mutaah melainkan sebuah rumah di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dipindah milik kepada plaintif.

Dalam pada masa sama juga, mereka berdua turut bersetuju dengan sukarela menerima tanpa paksaan daripada mana-mana pihak dengan semua terma-terma yang dikemukakan.

Harap selepas selesai kes ini, tiada lagi salah faham antara kedua-dua blah pihak dan anak sulung mereka, Jebat Jayden membesar dengan baik dan menjadi anak soleh.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: hmetromstar

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement