Connect with us
Webinar Kool

Berita

Kerugian Lebih RM5 Juta Di Kelantan Akibat Macau Scam

Awas modus operandi scammer!

Published

on

Kes penipuan Macau Scam bukanlah kes baharu, namun bagi tahun ini sahaja ia telah mengakibatkan kerugian berjumlah lebih RM5 juta di Kelantan. Menurut Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, jumlah kerugian tersebut meningkat secara mendadak berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Pesara serta kakitangan kerajaan antara yang menjadi sasaran utama sindiket itu.

Peningkatan jumlah kes ini dilihat amat membimbangkan dimana ia menunjukkan tahap kesedaran rakyat negeri tersebut berhubung penipuan sindiket Macau Scam masih di tahap rendah. Walau bagaimanapun, sindiket yang terlibat juga licik mempergunakan orang kampung dengan menawarkan sejumlah wang kononnya duit bantuan. Sindiket tersebut kemudian meminta penduduk kampung membuka akaun bank sebelum mengambil kad serta nombor akaun berkenaan. Akaun yang dibuka akan digunakan sindiket itu untuk menerima wang daripada mangsa yang berjaya diperdaya.

Operasi cilik sindiket Macau Scam ini menyukarkan pihak polis untuk mengesan dalangnya kerana akaun yang digunakan untuk mendapatkan dan mengeluarkan wang adalah milik penduduk kampung itu sendiri. Penduduk kampung juga mengatakan mereka tidak tahu bahawa mereka telah diperalatkan oleh sindiket tersebut.ย 

Laporan lanjut mendapati sindiket terbabit menyasarkan kakitangan kerajaan sebagai mangsa berikutan penjawat awam lebih mudah mendapatkan pinjaman. Contoh kes mangsa Macau Scam daripada golongan penjawat awam baru-baru ini membabitkan seorang wanita dengan nilai kerugiaan melebihi RM500,000, malah sanggup membuat pinjaman. Walau bagaimanapun, mereka yang bukan penjawat awam tetap tidak terlepas daripada menjadi mangsa sindiket itu.

Lakukan ini untuk elak scammer

Adalah menjadi tanggungjawab kita juga untuk lebih peka denganย modus operandi Macau Scam agar tidak mudah terpedaya dengan ugutan sindiket tersebut. Lebih baik kalau anda terus merujuk kepada pihak polis terlebih dahulu jika berlaku keraguan. Jika anda menerima panggilan yang meragukan seperti:

  • Mereka kata anda dapat cabutan bertuah
  • Mereka menyamar jadi pihak berkuasa (polis, kastam dan sebagainya)
  • Mereka menyamar jadi pegawai badan kewangan (Bank Negara, syarikat kad kredit dan sebagainya)
  • Mereka tipu yang ahli keluarga atau saudara anda diculik

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah meletakkan telefon tersebut serta-merta. Jika anda mendapati nombor yang membuat panggilan itu sama dengan nombor pihak berkuasa, ada kemungkinan sindiket itu melakukan teknik spoofing. Pastikan anda tidak terjerat dengan permainan mereka dan segera menghubungi pihak berkuasa berhampiran untuk membuat rujukan lanjut.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement