Connect with us

Hiburan

Kerinduan Bapa Terhadap Anak Diluah Menerusi 5 Oktober Nyanyian Datuk Hattan

Sebak dengar..

Published

on

Penyanyi yang popular menerusi lagu Memburu Rindu, Datuk Hattan memaklumkan dia tidak dapat menahan sebak ketika menyampaikan buah tangan terbaharunya berjudul 5 Oktober sehingga tidak dapat meneruskan nyanyian.

Hattan turut mengakui tersentuh dengan single ciptaan Nazri Osman atau dikenali sebagai Jaybon dan liriknya ditulis oleh Bob Lokman yang mengisahkan tentang kerinduan Bob pada anak sulungnya, Mohd Adam.

Lebih menarik lagi, tajuk 5 Oktober tersebut adalah tarikh pemergian Allahyarham Adam setahun lalu akibat ketumbuhan dalam otak.

Allahyarham Adam yang berusia 25 tahun meninggal dunia selepas jatuh pengsan di rumah kediaman keluarganya di Sungai Buloh.

Menurut Hatta, kenangannya bersama arwah sangat banyak kerana sejak kecil dia sentiasa ada bermain-main di depannya selain membesar depan mata penyanyi itu sendiri.

Image result for hattan

Menurut Hattan, arwah Adam adalah anak yang sangat baik. Penyakit yang dihidap bukan halangan untuknya tidak berbakti kepada ibu bapa. Mana-mana kenalan rapat Bob Lokman pasti mengakui keperibadian arwah Adam sangat hebat dan boleh menjadi contoh kepada remaja lain.

Selain lirik, banyak memori dengan arwah Adam yang diselitkan dalam klip video lagu berkenaan termasuk soal pemilihan lokasi kawasan air terjun.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement