Connect with us
Kool FM

Berita

Kereta Disondol Dari Belakang? Ini Perkara Yang Anda Perlu Lakukan!

Bertindak segera!

Published

on

Walaupun ramai di antara kita yang cuba mengelak kemalangan daripada  berlaku, namun ia sememangnya tidak dapat dijangkakan. Seperti kata pepatah, lebih baik berada dalam keadaan bersedia daripada mendapati diri tercungap-cungap mencari maklumat atau bantuan di saat anda memerlukannya.

Kadang-kadang bukan kesalahan datang daripada diri sendiri, tetapi orang lain yang menyondol dari belakang.

Tetapi tahukah anda, sekiranya kereta anda disondol dari belakang, anda tak perlu bergaduh di tengah jalan dan menunggu pihak berkuasa datang. Menerusi laman Twitter, sebuah halaman yang menggunakan twithandle @CARPUTT telah memberi maklumat buat semua pemandu yang dilanggar dari belakang. Antaranya:-

1. Kenalpasti situasi & Hidupkan Lampu Kecemasan

Kenalpasti kecederaan diri atau penumpang. Lihat persekitaran sama ada anda dalam posisi yang bahaya. Terutama sekali jika kemalangan berlaku pada waktu malam. Sekiranya anda di atas lebuhraya yang sunyi di waktu malam, segera alihkan kenderaan ke laluan kecemasan. Ada kemungkinan kereta belakang anda memecut laju dan gagal menekan brek sekiranya anda di tengah jalan.

2. Ambil Gambar Kereta Yang Melanggar Anda

Paling penting, anda perlukan nombor pendaftaran kereta pesalah untuk tuntutan insurans dari keretanya. Lebih baik, sekiranya anda ambil gambar roadtax di cermin keretanya. Boleh minta pesalah untuk alihkan kereta ke tepi untuk berbincang.

3. Bergaduh = Buang Masa

Kereta anda tidak akan dapat dibaiki dengan pergaduhan. Ajak pesalah untuk ke balai polis dan lakukan laporan polis.

4. Semak sama ada roadtax pesalah masih aktif.

Kemungkinan pesalah yang ajak settle tepi, sama ada mereka malas nak melalui prosedur polis atau mereka takut kerana roadtax tak hidup. Untuk kes roadtax mati, anda perlu lakukan tuntutan melalui mahkamah. Pastikan anda dapatkan maklumat peribadi pesalah, sebaiknya gambar kad pengenalan pesalah. Tuntutan mahkamah prosesnya panjang. Sekiranya anda nak terima ‘deal tepi’, pastikan nilainya berbaloi.

5. Report Tetap Report (Dalam 24 Jam)

Sesetengah kesilapan pemandu, bila pesalah bayar pampasan secara cash, mereka terus anggap ia selesai. Beberapa hari selepas tu, tiba-tiba pihak polis call. Pesalah dakwa pula kita yang langgar lari. Dah pening kepala. Sebab itu cover report amat penting. Untuk mengatakan yang kita di pihak yang benar. Dan untuk kemalangan, report perlu dibuat dalam 24 jam ya. Jangan tangguh.

6. Cari Bengkel Panel Insurans

Bengkel yang akan lakukan urusan tuntutan dari A-Z berbekalkan report polis yang anda buat. Cari bengkel yang berpengalaman untuk elakkan kereta anda terkandas di bengkel terlalu lama.

7. Anda Tuntut Insurans Pesalah, Bukan Insurans Anda

Selagi anda didapati tidak bersalah, anda akan melakukan tuntutan insurans ke atas kereta pesalah. Jadi, NCD anda tidak akan terjejas. Jangan risau.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement