Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Kerap Baca Surah Yusuf Dan Mariam, Fattah Amin Amalkan Surah Ini Untuk Baby Fattzura

Manisnya Fazura…

Published

on

Umum sedia maklum bahawa pelakon dan penyanyi terkenal Nur Fazura binti Sharifuddin atau Fazura sedang mengandung anak pertama bersama Fattah Amin. Rata-rata orang sudah tidak sabar untuk lihat bayinya yang bakal lahir tak lama lagi itu. Kini memasuki tujuh bulan usia kehamilan, Fattah Amin mengakui beliau banyak membacakan surah Yusuf dan Mariam buat anak sulungnya.

“Antara surah yang saya baca adalah surah Yusuf dan Mariam, Insya-Allah, saya percaya akan kebaikan membaca surah-surah ini kepada bayi dalam kandungan”

Mengulas lanjut, Fattah berkata dia memahami perubahan emosi isterinya yang kini sarat hamil. Fattah memberitahu beliau banyakkan bersabar serta melayan sahaja kerenah dan kemahuan isterinya dan cuba berada disisi isterinya setiap masa.

“Saya faham, tentu wanita yang sedang hamil mengalami perubahan dari segi mood mereka, begitu juga isteri saya. Tetapi, sebagai suami, saya perlu banyak bersabar dan sentiasa berada di sisi dia, layankan sahaja kerenahnya,” katanya.

Tak sabar rasanya nak tunggu Fattzura Junior lahir!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement