Berita
Kerana Gian, Sanggup Heret Bayi Berusia 2 Bulan Ke Sarang Dadah
Kasihan bayi lelaki berkenaan.
Tergamak seorang ibu apabila bertindak membawa bayi lelaki yang baru berusia dua bulan ke rumah rakan untuk melepaskan gian menghisap dadah.
Bagaimanapun, perbuatan wanita berusia awal 20-an itu dihidu oleh pasukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AAK) Daerah Seberang Perai Tengah ketika menyerbu lokasi berkenaan.
Serbuan di lakukan sekitar jam 10.30 pagi di ‘sarang’ dadah sejak Jun lalu turut berjaya menahan tiga lagi rakan wanita tersebut dan kesemuanya didapati berusia lingkungan 20 tahun.
Menurut Pengarah AADK Pulau Pinang, Elmariah Chung, pasukannya menahan keempat-empat individu itu untuk siasatan, manakala bayi itu pula diserahkan kepada ahli keluarga wanita terbabit.
“Saringan ujian air kencing mendapati keempat-empat mereka positif dadah jenis Methamphetamine,” jelasnya.
Kini, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 (Rawatan dan Pemulihan) Pindaan 1998.
Kasihan bayi lelaki berkenaan. Semoga dibesarkan dengan didikan yang baik.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Asyik Lepak Dengan Kawan Je.. Jom Dr. Izzar Ajak Ibu Ayah ‘Lepak’ Dengan Anak-Anak
“Kendong Anak Semasa Ambil Bantuan Makanan,” – Ardell Sayu Laksana Misi Bantuan Ke Sabah
Sumber: bh