Connect with us
Kool FM

Berita

Kerajaan Bakal Laksanakan GST Semula?

Kajian akan meliputi kesan ke atas ekonomi, kos sara hidup….

Published

on

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan pada tahun 2015 bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan, pada awalnya tidak diterima baik oleh beberapa pihak terutama masyarakat.

Akhirnya, kerajaan baru mengambil keputusan untuk mansuhkan pada tahun 2018. Namun kini, kerajaan sedang mengkaji kesesuaian untuk melaksanakan semula GST atau apa-apa model cukai kepenggunaan.

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata, tindakan ini akan mengambil kira semua aspek termasuk kelemahan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sekarang, serta kelemahan GST yang dilaksanakan pada 2015 lalu.

Sumber: cariangoogle

“Cukai baharu perlu bersifat mudah ditadbir dan tidak meningkatkan kos perniagaan di samping dapat mengukuhkan kedudukan fiskal negara,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, kerajaan tidak akan membuat sebarang langkah baharu berhubung cukai sekiranya ia akan membebankan rakyat.

GST removal ― what it means

Sumber: nst

Jika sekalipun kita wujudkan cukai baharu, ia hanya meningkatkan hasil, tetapi apabila membebankan rakyat, ini tidak memberi kesan,” katanya.

Tambahnya lagi, kajian akan meliputi kesan ke atas ekonomi, kos sara hidup, kesan cukai ke atas harga barang serta keupayaan menangani kegiatan ekonomi gelap.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

GST Akan Kembali Dan Cukai Baharu Mungkin Akan Diperkenalkan

Sandro Da Silva Sedia Beraksi Bersama Skuad Pembangunan Selangor

 

 

 

 

 

Sumber: harianmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement