Connect with us
Hot Kool Jam

Berita

Keputusan Tawaran Tambahan Program Matrikulasi Diumum Hari Ini!

Tahniah adik adik!

Published

on

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan tawaran tambahan ke program matrikulasi KPM sesi 2019/2020 akan diumumkan bermula pukul 12 tengah hari ini.

KPM dalam satu kenyataan berkata, sehubungan itu, pelajar yang telah membuat permohonan boleh menyemak keputusan dengan melayari laman sesawang KPM di www.moe.gov.

Satu portal online sebelum ini melaporkan, jemaah menteri dalam mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju menambah bilangan kemasukan pelajar ke program matrikulasi KPM kepada 40,000 tempat berbanding 25,000 sebelum ini.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dilaporkan berkata, kerajaan melihat wujud keperluan utama untuk menambah bilangan pelajar dalam bidang sains dan kapasiti yang ada pada program matrikulasi wajar dimaksimumkan bagi tujuan tersebut.

Isu kemasukan pelajar ke program matrikulasi KPM timbul selepas terdapat gesaan beberapa pihak yang mahu kerajaan mengkaji semula dasar dan membuka lebih banyak tempat dalam program matrikulasi kerajaan kepada pelajar bukan bumiputera.

Perdebatan isu itu juga mendorong beberapa pihak mengambil kesempatan dengan memainkan sentimen perkauman.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement