Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Keputusan Di Tangan Rakyat Malaysia, Langkah Ini Elak Gelombang Ketiga COVID-19

Published

on


Jumaat lalu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana pembukaan semula beberapa sektor ekonomi mengikut protokol dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh World Organization Health (WHO).

Ini kerana bagi memastikan ekonomi tidak terencat dan pada masa yang sama negara dapat memerangi wabak berbahaya, COVID-19. Malangnya, setelah lebih kurang seminggu negara kita capai dua angka pesakit baru COVID-19, semalam KKM melaporkan 105 kes baru.

Rakyat perlu amalkan norma baru…

Susulan daripada laporan ini, ramai rakyat Malaysia berang kerana kerajaan lebih mementingkan ekonomi berbanding kesihatan rakyat. Tapi, apa yang pihak kerajaan dan KKM perlukan sekarang adalah kerjasama dan kepatuhan rakyat untuk mendisiplinkan diri dalam mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh KKM.

“Rakyat perlu terima dan mengamalkan norma-norma baru seperti penjarakan sosial, kerap basuh tangan dan duduk di rumah. Jika tidak, kita akan mengalami peningkatan pesakit COVID-19,” nasihat dari pihak KKM menerusi laman akaun twitter mereka.

Cuba fikir…

Sekarang ni, keputusan terletak di tangan kita (rakyat Malaysia) dan cuba kita sama-sama fikir apa sebenarnya kerajaan ingin sampaikan pada kita semua?

Pertama sekali, jangan bergantung pada barisan hadapan untuk berusaha menyembuhkan pesakit COVID-19 tapi, kita sama-sama berusaha memerangi walaupun ekonomi berjalan.

Antaranya, kita boleh jalankan perniagaan tapi harus berhati-hati. Ikut SOP yang telah ditetapkan dan segala tindakan anda lakukan adalah tanggungjawab anda sendiri.

Anda boleh keluar tapi cuba fikir adakah itu satu keperluan penting? Ingat, selangkah anda keluar, negara akan lebih berisiko terdedah dengan peningkat wabak COVID-19.

Berjihadlah kali ini untuk negara, sekurang-kurangnya kita dapat berbakti pada negara. Keputusan gelombang ketiga adalah tindakan kita sendiri.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Sogo KL Beroperasi Hujung April?

Betul Ke Makanan Tradisional Mampu Rawat & Cegah Koronavirus?

 

 

 

 

 

Sumber: KKM publichealthmalaysia



Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement