Connect with us

Hiburan

Kenapa Harga Emcee Mahal? Adibah Noor Ada Jawapannya

Betul tu..

Published

on

Lumrah bagi setiap individu mahupun syarikat yang mahu menganjurkan majlis perkahwinan ataupun jamuan makan pasti memerlukan hiburan.

Selain hiburan, pengacara majlis ataupun emcee juga memainkan peranan yang penting bagi menghidupkan suasana sebuah majlis yang dihadiri ramai tetamu.

Namun, untuk menempah seseorang untuk mengendalikan sebuah majlis bukanlah murah pada zaman ini. Malah, ada yang mempersoalkan mengapa harga emcee mahal dan kadang kala tidak masuk akal walaupun tugas mereka hanya bercakap dan berinteraksi bersama orang ramai.

Pelakon dan juga pengacara Adibah Noor bagaimanapun menerusi laman Twitter miliknya terpanggil untuk memberikan jawapan kepada persoalan yang membelenggu ramai pihak itu.

Ciapan berkenaan bagaimanapun tidak ditujukan kepada mana-mana pihak, sebalik Adibah hanya ingin memberi kesedaran kepada orang ramai tentang perkara yang dilakukan pengendali majlis sehingga harga yang diletakkan begitu mahal.

Rata-rata pengikut Adibah bersetuju dengan kenyataan yang diberi selain menyuarakan pengalaman masing-masing diruangan komen sosial media itu.

  • @babyshark1986: Dont she realize yg dia hire adibah noor kot.. 3in1.. wehhh kopi radix pun 2in1 3in1? Emcee (fluent in english) Singer Comedy 3 bakat pada 1org..
  • @marychua: Saya juga pernah jadi Mc untuk drawing contest untuk kanak kanak. Letih betul sebab perlu suruh budak budak jgn jalan sana sini announced masa mereka, jgn buat bising lah, sehingga tamat… Suara saya pun habis
  • @mizzi_ifwat: Pernah sekali buat emcee for free utk company event. Tak mudah rupanya nak jadi emcee. Perjalanan event tu fully depends on mc n committee yg best. Bergetarrr terketar2 suara. Tiba2 bigboss suruh buat senaman utk participants. Aiyayayyaa.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement