Hiburan
Kenapa Ambil Janna Dan Syafiq? Ini Jawapan Erma Fatima
Tak sabar nak tunggu reaksi peminat terhadap lakonan mereka!
Published
4 months agoon
By
Kool FMPementasan teater Pawana Isabella bakal berlangsung pada 21 hingga 31 Ogos ini menampilkan pelakon hebat Janna Nick dan Syafiq Kyle sebagai teraju utama.
Penerbit, pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima mempertahankan tindakannya apabila disoal kenapa memilih pelakon terbabit.
“Orang sibuk tanya kenapa saya suka ambil pelakon TV berlakon teater. Suka hati sayalah. Kenapa busuk hati sangat pada pelakon TV? Bila lagi mereka nak belajar? Biarlah. Mereka bukannya pelakon kayu. Mereka memang boleh berlakon,” katanya.
Sementara itu, Janna menyifatkan tawaran yang diberikan kepadaya sebagai satu peluang keemasan.
“Bukan senang sebenarnya nak dapat peluang berlakon teater. Saya percaya, Kak Erma ada sebab tersendiri kenapa pilih saya dan Syafiq sebagai watak utama.
“Apabila sudah diberi tanggungjawab, ini bermakna kami kena berikan sepenuh komitmen dan cuba menampilkan yang terbaik.
“Walaupun teater bukan bidang saya, tapi tidak salah untuk mencuba dan belajar. Alhamdulillah, dari hari pertama sesi latihan saya dibantu dengan tenaga pengajar berpengalaman termasuk Kak Erma sendiri,” ujarnya.
Selain Janna dan Syafiq, antara pelakon lain yang terlibat dalam teater Pawana Isabella termasuklah Azar Azmi, Datuk Ziela Jalil dan Datin Paduka Umie Aida.
Sebelum ini, Erma pernah mengarah dan menerbitkan teater Mak Cun, Natrah, Tun Mahathir, Tun Siti Hasmah, Takhta 3 Ratu dan banyak lagi.
You may like
-
Drama Adellea Sofia Lakonan Mira Filzah Temui Penonton 7 Malam Ini!
-
Minggu Pertama Ejen Ali The Movie Cecah RM13 Juta!
-
Emma Stone Kongsi Foto Cincin Tunang
-
“Dalam 2 Hari Ni Barulah Nampak Senyum, Boleh Bergurau Balik” – Saharul Ridzwan
-
Kongsi Video Berqasidah, Alunan Suara DS Siti Dipuji Peminat
-
Penyanyi Lagu Memori Cinta Luka Pulang Ke Rahmatullah