Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Kenang Yasmin Ahmad, Sharifah Amani Kongsi Kemeriahan Kemerdekaan

Semoga Nani sentiasa menjadi contoh yang baik terhadap rakyat Malaysia!

Published

on

Tanggal 31 Ogos 2019, genap 62 tahun Malaysia menyambut kemerdekaan.

Justeru, pelbagai aktiviti telah dianjurkan pada hari tersebut bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme serta rasa cinta terhadap tanah air kita.

Begitu juga dengan pelakon kecil molek Sharifah Amani yang menyambut hari kebangsaan dengan cara yang tersendiri.

Sharifah Amani atau lebih mesra disapa Nani berkongsi menerusi laman Instagram miliknya menyatakan cara dia menyambut kemerdekaan dengan menyertai sesi soaljawab bagi tayangan semula Filem Sepet dan Muallaf selain mengangkat semula nama pengarah filem-filem tersebut iaitu Allahyarham Yasmin Ahmad.

Sharifah Amani memegang watak Orked di dalam filem yang terbit pada 2005 dan mendapat sambutan masyarakat Malaysia lantaran karya tersebut memaparkan percintaan antara kaum.

“Terima kasi Mak, kerana sentiasa menyatukan semua” tulis Nani menerusi laman Instagramnya.

Yasmin Ahmad meninggal dunia pada 25 Julai 2009 akibat serangan angin ahmar pada usia 51 tahun.

Selain Sepet, karya Yasmin adalah Gubra dan Mukhsin, juga terkenal di dalam mahupun luar negara. Al-fatihah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement