Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

Kemesraan Jennifer Aniston dan Brad Pitt Jadi Perhatian di SAG Awards!

Warganet mula buat andaian

Published

on

Majlis Anugerah Screen Actors Guild 2020 (SAG Awards) yang berakhir awal pagi Isnin 20 Januari (waktu Malaysia) menyaksikan warga net hanya membicarakan satu perkara sahaja: Jennifer Aniston dan Brad Pitt!

Mereka yang masih mengekalkan hubungan baik walaupun telah bercerai meluangkan masa bersama-sama di belakang pentas, walaupun sebelum ini tidak pernah tampil dalam satu gambar atau majlis bersama buat sekian lama.

Satu video turut tular di mana Brad yang berada di belakang pentas menonton ucapan penghargaan yang diberikan oleh Jennifer dari atas pentas.

E! melaporkan, pelakon lelaki itu memberikan fokus sepenuhnya terhadap skrin televisyen yang menayangkan bekas isterinya memberi ucapan.

Gambar gambar yang tersebar turut menarik perhatian warga net mengenai kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan ini, sekali gus menimbulkan tanda tanya dan spekulasi sama ada mereka kini kembali bersama.

Sumber Instagram enews

Sumber Instagram enews

Sumber Instagram enews

Sumber Instagram enews

Sumber Instagram enews

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement