Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Kematian Michael Jackson : Detektif Ungkap Fakta Mengejutkan?

Satu foto mendedahkan bilik tidurnya penuh dengan dadah dan anak patung menyeramkan.

Published

on

Pada 25 Jun 2009 satu dunia dikejutkan dengan pemergian raja muzik pop Michael Jackson.

Michael dipercayai meninggal dunia akibat dos berlebihan (dadah jenis Prosofol) di rumahnya di North Carolwood Drive di Holmby Hills, Los Angeles.

Doktor peribadinya, Conrad Murray mendapati Michael sudah tidak bernafas walaupun ujian CPR telah dilakukan untuk menyelamatkan penyanyi legenda itu.

Walaubagaimanapun, Murray telah disabitkan bersalah kerana pembunuhan yang tidak disengajakan dan menjalani hukuman penjara selama dua tahun pada 2011.

Terbaru, kes kematian Michael kembali menjadi perhatian ramai apabila tiga detektif iaitu Orlando Martinez, Dan Myers dan Scott Smith yang mengetuai kes kematian Michael telah membongkarkan satu rahsia menerusi sebuah dokumentari “Killing Michael Jackson”.

Dokumentari itu turut memaparkan keadaan bilik rawatan rumah Michael, bilik tidur dan beg perubatan yang berisi dadah Murray.

Menurut mereka, keadaan bilik Michael amat tragis dan penuh misteri di mana penemuan ubat-ubatan, jarum, beberapa keping gambar kanak-kanak, pakaian dan nota aneh.

“Saya melihat beberapa helaian kertas bertulis yang berselerak di seluruh bilik, ianya juga tertera di cermin dan pintu bilik. Sebahagiannya nampak seperti puisi atau lirik lagu.
Bilik tidur itu seperti huru-hara. Terdapat sebuah komputer di atas katil, anak patung yang seakan-akan hidup, helaian iklan, dan gambar bayi,” kata Martinez.

“Saya hanya ingat, saya masuk ke sana dan terdapat beberapa alat perubatan termasuk pelbagai jenis ubat yang berselerak,” ujar Scott Smith.

Lebih mencurigakan, mereka juga menemui beg perubatan Murray dipenuhi dengan propofol yang tersembunyi di dalam bilik itu.

“Kami menjumpai lebih banyak ubat yang digunakan, seperti propofol, sampah sarap, Jarum dan botol kosong. Jadi, kita tahu semasa kecemasan perubatan ini, Murray telah berhenti sama ada memberikan CPR atau menunggu untuk memberikan CPR dan membersihkan semuanya,” jelas Martinez.

“Dalam masa 48 jam, ternyata ia adalah kematian yang mencurigakan kerana ada sesuatu yang lebih daripada sekadar dos berlebihan,” kata Myers.

Pelbagai teori dan andaian dibuat oleh masyarakat tentang punca kematian penyanyi tersohor ini. Akan tetapi, punca sebenar hanya Dia yang tahu.

R.I.P Michael Jackson.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement