Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Kematian Di Rumah, Ini Apa Yang Perlu Anda Lakukan

Semoga bermanfaat..

Published

on

Orang Tua Korban Peluru Nyasar Minta Kejelasan | Republika Online

Walupun perkara ini belum dan tidak pernah berlaku kepada kita, namun penambahan ilmu pengetahuan itu tiada batasnya kan?

Apa yang penting, waris harus terlebih dahulu memeriksa mayat sama ada mereka masih mempunyai pergerakan pernafasan dan pergerakan nadi di tangan atau di leher. Jika tiada tanda-tanda tersebut, waris mempunyai 3 pilihan:-

1. Menghantar terus ke hospital atau menghubungi ambulans jika ketiadaan kenderaan.
– Apabila tiba di hospital team perubatan akan membuat kerja-kerja resusitasi (dengan izin waris) atau terus kepada pengesahan kematian sehingga surat pengesahan dikeluarkan.
2. Membuat CPR (bantuan pernafasan) terlebih dahulu di rumah dan dalam masa yang sama menghubungi pihak ambulans atau terus di hantar ke hospital
3. Memanggil Doktor datang ke rumah untuk pengesahan kematian.
– Cara ini hanya dilakukan sekiranya pihak keluarga sudah redha akan kematian tersebut dan merasakan tidak perlu untuk membuat rawatan lanjut di hospital

Apabila pengesahan kematian telah dibuat di rumah, waris perlu membuat laporan polis untuk polis mengeluarkan permit kubur.

Sekiranya pihak polis mensyaki kes kematian (kes bunuh atau kes kematian umur kanak-kanak, remaja) pihak polis akan arahkan supaya mayat dihantar ke hospital untuk membuat post mortem (bedah siasat). Selagi post mortem tidak dibuat selagi itu permit kubur tidak dapat dikeluarkan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement