Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Kemaluan Dipotong Ketika Duduk Sendirian, Apa Motif Disebaliknya?

Menggemparkan apabila seorang lelaki warganegara Pakistan dipotong kemaluannya ketika dia duduk seorang diri di sebuah tasik di Klang kira-kira jam 7.30 malam pada hari Ahad yang lalu. 

Published

on

Menggemparkan apabila seorang lelaki warganegara Pakistan dipotong kemaluannya ketika dia duduk seorang diri di sebuah tasik di Klang kira-kira jam 7.30 malam pada hari Ahad yang lalu.

Difahamkan bahawa ketika itu mangsa sedang duduk menikmati waktu sendiriannya di Tasik  Alam Impian,  sebelum didatangi 4 hingga 6 orang lelaki yang tidak dikenali. Suspek pada mulanya bertanyakan beberapa soalan kepada mangsa mengenai kehidupan seksualnya. Menjawab pertanyaan tersebut, mangsa menjelaskan bahawa dia sudah mempunyai isteri namun isterinya kini berada di Pakistan dan dia tidak pernah melakukan aktiviti seksual di negara ini.

Baca juga: “Lawa Dan Baik Anak Abby, Tudung Pun Labuh” – Wargamaya Kagum Dengan Cara Didikan Abby Abadi

Seusai itu, kumpulan lelaki yang tidak dikenali ini memaksa mangsa ketuk-ketampi tanpa sebab. Mangsa yang keseorangan dan bingung dengan kejadian itu terpaksa mengikut kehendak mereka. Selesai melakukan ketuk-ketampi, suspek menyoalkan mengapa kemaluan mangsa tidak tereksi lalu mangsa menjawab bahawa dia tidak boleh melakukannya dalam keadaan yang sebegitu.

Salah seorang suspek bengang dengan jawapan tersebut dan tekad memberitahu bahawa dia akan memotong kemaluan mangsa kerana mengikutnya ‘ia sudah tidak berfungsi lagi’.

Mangsa yang dalam ketakutan merayu supaya tidak diperlakukan begitu. Dia lebih rela jika kaki atau tangannya dipotong tetapi bukan kemaluannya. Namun, suspek tidak mengendahkan rayuan tersebut dan terus memotong organ itu dan mencampakkannya.

Sebelum kesemua suspek meninggalkan mangsa dan melarikan diri dari tempat kejadian, mereka turut mencampakkan telefon mangsa di satu sudut supaya mangsa tidak dapat meminta pertolongan.

Meraung di dalam kesakitan, mangsa akhirnya pengsan di situ. Mangsa kembali sedar selepas beberapa jam dan berjaya mendapatkan kembali telefon bimbit miliknya walaupun berada dalam keadaan lemah dan terus menelefon rakannya yang juga merupakan warganegara Pakistan, Rizwan Ahmad.

Rizwan kemudian segera melaporkan kejadian ini kepada pihak polis berdasarkan perincian yang diceritakan oleh mangsa sementara mangsa dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Sementara itu, pihak polis sedang memburu suspek dan siasatan dijalankan bagi mengtahui motif sebenar kejadian.

Jika difikirkan seperti tiada motif untuk melakukan hal sebegini lebih-lebih lagi kepada seorang manusia lain yang tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ini adalah antara detik ngeri yang tidak akan dapat dilupakan.

Baca Juga: Elfira Loy Galakkan Kongsi Perkembangan Anak Di Media Sosial

 

Sumber: Hmetro

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement