Connect with us

Berita

Kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, Keluarga Mahu Keadilan!

Moey dan pemandu Toyota Vios, yang telah menyerah diri, adalah rakan sejak di bangku sekolah

Published

on


AHLI keluarga Moey Yun Peng, 20, mangsa kemalangan maut selepas kenderaannya terhumban dari Jambatan Pulau Pinang ke laut, Ahad lalu, mahu siasatan terhadap kejadian itu dijalankan dengan adil.
Abang Moey, yang hanya mahu dikenali sebagai Dennis berkata, mereka sekeluarga menyerahkan kepada polis sepenuhnya berhubung kejadian berkenaan.

“Kami mahu keadilan ditegakkan dalam kes ini. Saya juga harap masyarakat tidak membuat spekulasi mengenai kemalangan berkenaan.

“Tolong berikan ruang kepada kami sekeluarga untuk kami melalui saat yang sukar ini,”

Mayat Moey, yang juga penuntut sebuah kolej swasta dituntut ahli keluarganya selepas prosedur bedah siasat selesai kira-kira jam 10 malam. Upacara pengebumian yang dijangka diadakan pada Khamis.
Dalam kemalangan jam 2.54 pagi itu, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu Moey terhumban ke dalam laut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai.

Mayat Moey bersama SUV berkenaan berjaya dinaikkan jam 5.50 petang semalam, selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat.

Sementara itu, pemandu Toyota Vios berusia 21 tahun yang turut terbabit dalam kemalangan ini didapati positif ganja.

Pemandu Vios dan Moey adalah rakan sejak di bangku sekolah dan mereka dalam perjalanan pulang selepas menyambut hari jadi di sebuah kelab.

Pemandu Vios  juga dilapor telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, dan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement