Connect with us

Berita

Keluarga Nora Anne Tawar Ganjaran 50,000

 Remaja Ireland, Nora Anne Quoirin hilang di sebuah resort di Seremban, Negeri Sembilan sejak 4 Ogos lalu.

Published

on

Minggu lalu kecoh isu kehilangan remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, di sebuah resort di Seremban, Negeri Sembilan.

Keluarga remaja berkenaan semalam menawarkan ganjaran RM50,000 kepada mana-mana pihak yang berjaya menemukan Nora dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga.

Menurut ibu mangsa, Maebh Jaseprine Quoirin, langkah itu sebagai usaha membantu pihak polis mengesan anak sulungnya yang hilang sejak 4 Ogos lalu.

“Nora Anne adalah anak sulung kami. Kami sayangkan dia dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan Nora Anne untuk tampil membantu mencari dia.

“Pihak polis sudah berusaha gigih mengesan Nora Anne. Bagi membantu siasatan mereka, kami membuat keputusan untuk menawarkan ganjaran RM50,000 yang disumbangkan sebuah syarikat berpangkalan di Belfast (Ireland) yang enggan didedahkan namanya,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Nora Anne boleh menghubungi hotline khas operasi mencari dan menyelamat (SAR) di talian 01112285058 atau menerusi e-mel [email protected] bagi mereka yang berada di luar Malaysia.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement