Connect with us
alt_img>

Hiburan

Keluarga Iskandar The Movie Ditayang September Ini!

Terujanya!

Published

on

Bermula dengan sitcom “Keluarga Iskandar” pada tahun 2012 dengan hanya mensasarkan jumlah penonton yang sedikit, namun sebaliknya berlaku selepas sitcom tersebut mendapat sambutan memberangsangkan daripada penonton.

Sambutan yang baik itu membuatkan pihak penerbit menghasilkan musim kedua dimana ia merupakan musim terakhir sitcom “Keluarga Iskandar”, dan berakhir dengan banyak persoalan yang tergantung.

Bagaimanapun semua persoalan itu akhirnya bakal terjawab apabila sitcom itu diangkat ke layar perak dan akan ditayangkan September ini.

Image result for keluarga iskandar the movie

“Apabila pihak stesen televisyen tidak mahu menerbitkan musim ketiga, saya dan produksi ambil keputusan untuk menghasilkan filem yang akan menjawab segala persoalan yang timbul dan Alhamdulillah, kami dapat kebenaran daripada pihak Astro untuk terbitkan filem ini,” ujar penerbti eksekutif dan pengarah Wan Hasliza Wan Zainuddin

Menurut Wan Hasliza, walaupun filem ini adalah sekuel daripada cerita pada penghujung musim kedua “Keluarga Iskandar”, tetapi penonton yang tidak pernah menonton drama bersiri ini tidak akan terganggu atau tidak faham.

Image result for keluarga iskandar the movie

Filem ini akan kembali menampilkan barisan pelakon asal drama itu termasuk beberapa muka baru seperti Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Sobri Anuar, Heira Hassan, Azhar Sulaiman, Khaireesya Kemal, Raja Ema dan ramai lagi.

“Keluarga Iskandar” merupakan sebuah naskhah komedi yang berkisarkan mengenai kehidupan seharian keluarga arwah Haji Iskandar yang terdiri daripada Mak Jah dan lima orang anaknya serta keluarga masing-masing.

Dalam pada itu, Wan Hasliza memberitahu penggambaran filem ini akan bermula pada minggu hadapan di Johor Bahru dan di sekitar Lembah Klang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement