Semasa & Hiburan
Keluar Sambut Hari Jadi Ketika Berpantang, Fasha Sandha Ditegur Netizen
Jaga kain sendiri je…
Baru sahaja selamat melahirkan bayi perempuan pada 7 Ogos lalu, pelakon Fasha Sandha menarik perhatian netizen apabila dia sudah berani keluar walaupun masih dalam tempoh pantang.
Gambar itu dikongsi di laman sosial Instagram nya yang memuat naik satu gambar bersama anak buahnya. Menurut Fasha, dia sanggup keluar demi menyambut ulang tahun kelahiran anak buah sulungnya walaupun masih dalam tempoh berpantang.
Perkongsian pelakon itu mengejutkan ramai orang apabila rata-ratanya tidak menyokong tindakan pelakon itu yang sanggup melanggar pantang demi urusan tidak penting. Tak kurang juga yang menasihati Fasha agar berhati-hati dalam tempoh ini.
Sumber Instagram : cik_puteh417
Sumber Instagram :monaliza4607
Sumber Instagram : norazlin_abusman
Sumber Instagram : preloved_toys_from_uk