Home > #CeriteraKool > Kejutan menarik di Anugerah Juara Lagu 32

Kejutan menarik di Anugerah Juara Lagu 32

Acara muzik yang dinantikan rakyat Malaysia setiap tahun, Anugerah Juala Lagu (AJL)32 bakal tiba tidak lama lagi. 12 lagu terbaik sepanjang tahun 2017 akan menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 Februari 2018. Jika tahun lalu, Cerita Dalam lagu menjadi tema pilihan, Anugerah Juara lagu yang ke-32 tahun ini menggangkat Fesyen dan Muzik sebagai tema utama.

Istimewa kali ini, trofi AJL 32 telah disuntik dengan elemen fesyen hasil kerjasama pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini. Menurut mereka, idea menghasilkan trofi menggunakan ‘diamond’ adalah secara semulajadi kerana Rizman Ruzaini memang sinonim dengan ‘diamond’.

“Kami berbincang sesama sendiri dan idea diamond terus terlintas kerana ia juga dalah lambang kemewahan. Macam yang kita tahu, AJL juga adalah sebuah anugerah berprestij, dan dengan ‘diamond’ sememangnya sesuai untuk mengangkat martabat AJL32.

Bukan itu sahaja, pemilihan diamond untuk trofi AJL32 juga adalah untuk melambangkan AJL dengan fesyen, sesuai dengan tema kita kali ini.”

Selain kejutan trofi, pengacara yang bakal menggalas tugas berat untuk mengacarakan AJL 32 tahun ini adalah Alif Satar dan Sherry Al Hadad.

12 lagu yang bakal dipertandingkan pastinya mampu membuatkan ramai tergamam dan pastinya persaingan sengit antara finalist akhir ini dinantikan ramai.

Menurut Dayang Nurfaizah, dia hanya ingin melakukan yang terbaik dan pastinya persembahan di AJL32 nanti yang teristimewa buat semua peminatnya.

Syamel yang mempertaruhkan 2 lagu, iaitu Aku Cinta, dan lebih Sempurna berkata, “pastinya akan ada kelainan pada persembahannya dan beberapa kejutan juga untuk semua pada malam AJL32 tersebut.”

elain mereka, bintang lain yang bakal beraksi adalah Salma, Ernie Zakri, Hazama, Altimet, Khai Bahar, Hael Husaini, Syamel, Wany Hasrita, Azmi Caliph Buskers, Haqiem Rusli dan Ara Johari.

 

Tambah menarik, AJL32 tahun ini turut menawarkan peluang buat penonton mengundi kategori Persembahan terbaik pada malam kemuncak  menerusi lama web www.xtra.com.my/ajl32. Undian yang hanya akan dibuka bermula jam 9 malam – 11.30 malam itu akan menyumbang kepada 50% markah keseluruhan , manakal baki 50% markah adalah daripada juri professional.

 

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply