Connect with us
Kool FM

Berita

Kejutan balik jenguk anak bertukar tragedi

Published

on


Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seorang bapa tidak menyangka kepulangannya dari Kuala Lumpur bertukar tragedi selepas anak bongsunya maut akibat terjatuh ke dalam tali air di Jalan Permatang Sungai Dua di Kampung Pokok Simpor, Kepala Batas di sini petang tadi.

Azlan Zakaria, 40, berkata, dia yang merancang ingin membuat kejutan untuk bertemu anak-anaknya yang berada di rumah datuk mereka berubah sekelip mata.

“Kira-kira pukul 6 petang, anak sulung menghubungi saya dan memaklumkan Muhammad Firash Darwisy hilang ketika menunggang basikal.

“Tidak lama kemudian, saya dimaklumkan bahawa mayatnya sudah ditemui di dalam tali air,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Seberang Jaya di sini hari ini.

Menurut Azlan yang bekerja sebagai pemandu bas ekspres, kali terakhir dia menemui arwah adalah pada Ahad lalu.

“Sejak kebelakangan ini, arwah amat manja dan akan membuat panggilan video setiap pagi sebelum ke tadika.

“Kebiasannya, dia akan berbasikal bersama dua kakaknya namun petang tadi, arwah dikatakan menunggang bersendirian.

“Saya amat terkilan kerana tidak dapat menunaikan permintaan terakhir arwah yang mahukan topi keledar untuk memudahkannya menunggang basikal,” luahnya sedih.

Terdahulu, mayat mangsa ditemui oleh beberapa penduduk yang berada berdekatan lokasi.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Sungai Dua esok. – K! ONLINE

The post Kejutan balik jenguk anak bertukar tragedi appeared first on Kosmo Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement