Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Kejam! Kisah Wanita OKU Fizikal Seakan Anak Kecil Maut Didera Masih Diingati

Published

on


Setiap kali mengenang nasib seorang insan yang kurang upaya ini perasaan akan mula bercampur baur.  Beribu persoalan muncul di minda namun hanya sedikit sahaja yang terjawab. Namun, ini baru sahaja hanya cerita yang dikongsikan kepada masyarakat, bayangkan pula perasaan mangsa sendiri? Tidak mampu terjawab akan deritanya.

Mangsa seorang gadis OKU yang dikatakan telah meninggal dunia disyaki didera. Menurut perkongsian daripada sumber, kisah gadis tersebut sebenarnya pernah disiarkan lebih kurang empat tahun lalu. Perkongsian itu sekali lagi bawa ke permukaan laman akaunnya menerusi Facebook aktivis kemanusiaan yang bernama Natipah Abu.

Meneruskan perkongsian tersebut, hakikatnya gadis malang itu sebenarnya sudah pun berusia 22 tahun pada tahun ini. Disebabkan kekurangan upaya yang dialaminya, pemikiran dan secara fizikal masih seakan seorang  kanak-kanak perempuan.

اِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Tulis … padam, tulis … padam lagi … itulah yang terjadi kali ini. Tidak…

Posted by Natipah Abu on Facebook

Perkongsian daripada entri Facebook aktivis itu menunjukan luahan perasaan kesal akan sikap penjaga yang tergamak melakukan perbuatan terkutuk mendera mangsa yang juga merupakan anak yatim piatu. Alahai, kenapalah kejam sangat!

Menurut sumber lagi, kisah ini difahamkan mangsa dikatakan meninggal dunia sejak setahun lalu. Walau  bagaimanapun kisah tragis yang melanda masih tidak dapat dilupakan sehinga kini. Mana tidaknya, insan kurang upaya sepatutnya menjadi sumber untuk kita mendapat pahala dan seharusnya insan yang lemah ini berhak untuk hidup bahagia dan gembira.

Ingatlah orang kurang upaya ini sebenarnya tidak pernah meminta akan nasib yang sedemikian. Oleh itu mengapa sanggupnya untuk berlaku kejam?

Berbalik semula kepada kisah ini, pelakunya sudah pun disabit dan dikenakan hukuman mati mandatori. Nyawa dibalas dengan nyawa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Ohmymedia.com



Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement