Connect with us
alt_img>

Berita

KEJAM! Akibat Belum Ditawar Bekerja, Seorang Wanita Dihentak Bapa Sendiri!

Menjadi impian seorang anak untuk membalas jasa kedua orang tua setelah berjaya menamatkan pengajian.

Published

on

Menjadi impian seorang anak untuk membalas jasa kedua orang tua setelah berjaya menamatkan pengajian. Namun peluang pekerjaan yang tipis pada hari ini menimbulkan pelbagai masalah yang perlu dihadapi golongan muda.
Akibat belum mendapat sebarang tawaran pekerjaan, seorang wanita berusia 24 tahun dihentak oleh ayah kandungnya menggunakan tukul pemecah dinding di Parit Buntar baru-baru ini.
Image result for dipukul menggunakan tukul pemecah dinding

Gambar Hiasan

Lebih memilukan apabila insiden tersebut berlaku tanpa diduga apabila mangsa sedang membaca al-Quran sebelum bapanya bertindak memukulnya di beberapa bahagian kepala menggunakan senjata tersebut sebaik sahaja pulang dari bekerja sebagai tukang rumah.
Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superitendan Omar Bakhtuar Yaacob, suspek turut mencederakan diri sendiri sehingga mengalami keretakan pada tulang tapak tangannya.

“Akibat kejadian itu, mangsa parah manakala bapanya yang menyesal dengan kejadian itu bertindak mencederakan diri dengan menghentakkan kepalanya pada dinding rumah dan menerima lima jahitan di kepala.”

Bagaimanapun polis sudah menahan bapa mangsa dan kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement