Semasa & Hiburan
“Kedai Tepi Jalan Pun Pandai ‘Seal’ Air..” – Nad Zainal ‘Sound’ Cara Restoran Terkenal Delivery Makanan
Makanan, jangan dibuat main!
Sejak musim pandemik COVID-19, ramai yang mulakan norma baru dengan membuat pesanan makanan melalui atas talian bagi mengurangkan bersesak di luar.
Malangnya, sesuatu terjadi pada pelakon Nad Zainal berkaitan dengan makanan yang dipesan dari Restoran Kenny Rogers apabila kesemua pesanan yang dihantar rosak.
Difahamkan, air yang dibungkus tidak dibungkus dengan baik sehingga menyebabkan tertumpah sekaligus merosakkan makanan yang dibungkus bersama.
Menerusi Instastory yang dimuat naik itu, Nad meluahkan rasa tidak puas kerana kedai biasa tepi jalan boleh bungkus air dengan baik, tak kan restoran makan yang terkemuka tidak dapat beri perkhidmatan yang lebih baik?
“Walaupun masa MCO tak nampak muka tapi kita bayar, jumlah yang sama. Bukan makan dekat rumah bayar lagi murah ke apa. Orang nak makan, jangan buat macam ni,” luahnya.
Aiyokkkk Kenny Rogers kena sound dengan Nad Zainal ketttewww? Takooddd!
Lain kali seal air betul2, bagi la cup holder mcm starbucks, mcd tu ke apooopic.twitter.com/2YNPVQNTEA— 𝒶𝓁𝑒𝓁 🧡 (@AzlilAdzif) February 1, 2021
Dalam pada masa yang sama, warganet turut kongsikan cara penghantaran makanan dari salah sebuah restoran makanan ringan yang terkenal dihantar dalam keadaan hancur kerana tidak dibungkus dengan baik.
Malah, ada juga yang berpihak dengan Nad Zainal isu cara penghantaran makanan dan perkara ini tidak boleh diambil ringan.
Tak boleh juga nak salahkan tukang hantar makanan kerana pembungkusan makanan juga penting bagi memastikan keadaan makanan dalam keadaan baik ketika sampai ke tangan pelanggan.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
[VIDEO] Gara-Gara Selalu Tak Habiskan Makanan, Lelaki Ini Tinggalkan Awek Masa Dating
“Sedap Sangat Makanan Sampai Menangis Baca Doa” – Ramai Puji Bacaan Doa Aqeef Lancar
Sumber: twitter