Connect with us
Kool FM

Berita

Kedah tak guna duit kerajaan selesai hutang RM10.6 juta

Published

on


ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan melunaskan tunggakan gaji pemain dan hutang-hutang lain sebanyak RM10.6 juta tanpa menggunakan ‘kantung’ kerajaan negeri.

Presidennya, Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan, KFA akan mencari sumber kewangan lain daripada beberapa penaja baharu yang kini dalam peringkat rundingan.

Katanya, beliau tidak akan menggunakan duit kerajaan negeri yang disediakan untuk perbelanjaan pembangunan dan kebajikan rakyat bagi menjelaskan hutang tersebut.

“Kalau lantik Menteri Besar jadi Presiden KFA supaya Menteri Besar ambil duit kerajaan untuk bayar hutang (KFA), saya tidak akan buat. Ini duit anak yatim, orang miskin, ibu tunggal, duit sekolah dan pembangunan orang ramai.

“Ambil duit itu selesaikan bola (KFA), saya tidak akan lakukan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian ‘Star View’ Menara Alor Setar semalam.

Bagaimanapun, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah tidak mahu mendedahkan syarikat yang menjadi penaja baharu skuad Lang Merah untuk meneruskan saingan Liga Malaysia musim ini.

Difahamkan pemain dan pengurusan pasukan Kedah berdepan tunggakan gaji sejak lima bulan lalu termasuk bayaran kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliau yang dilantik menjadi Presiden KFA 12 Julai lalu berkata, isu tunggakan gaji pemain yang berlarutan sejak tahun lalu berpunca daripada pengurusan KFA lama yang menyediakan pelan pembelanjaan tidak bersandarkan keupayaan sebenar.

Jelasnya, KFA akan membincangkan isu tersebut pada mesyuarat pengurusan yang dijadual diadakan 3 Ogos depan.

“Kalau perlu overhaul (perbaiki), semua dalam KFA kita akan overhaul dan kalau perlu permotongan gaji, kita akan cadangkan potong gaji. Memang FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) ada beri kelonggaran berkaitan perkara itu.

“Kenapa dia (pengurusan lama) sign (tandatangan) kontrak dengan pemain-pemain begitu mahal sampai RM125,000 (sebulan), tidak ukur baju di badan sendiri,” katanya.

The post Kedah tak guna duit kerajaan selesai hutang RM10.6 juta appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement